Kain pasang merupakan kain separuh siap yang tidak dijahit dan dijual kepada pelanggan khususnya kepada para penjahit baju. Jika dilihat di kedai kedai pakaian atau blog yang menjual kain pasang, terdapat pelbagai jenis dan corak yang diniagakan antaranya ialah kain pasang batik, cotton, tissabella digitalsilk, jacquard prelude quante , serai wangi, swiss cotton dan banyak lagi. Kain pasang yang selalu menjadi perhatian adalah kain pasang cotton kerana kain ini sejuk, tidak menyerap haba dan tidak melekit.Selain itu, kain ini tidak perlu dijaga rapi kerana boleh dibasuh tangan atau mesin basuh tanpa merosakkan fabric dan coraknya. Kain pasang selalunya di dibeli untuk dijadikan pakaian siap seperti baju kurung , baju kebaya, baju batik, blouse dan sebagainya. Para penjual kain pasang seperti biasa akan membeli kain pasang secara pukal daripada pemborong supaya dapat harga yang murah . Kini kain pasang banyak diinspirasikan oleh pereka fesyen muslimah dari luar negara sperti Lawung Thobes/ Tubbas yang banyak membuka mata mengenai fesyen berhijab dan kain pasang juga kini telah ditambah keunikan dengan penggunaan kristal, labuci manic dan sulam untuk lebih menarik perhatian para pembeli. Kerana permintaan semakin tinggi dan lebih menarik, kain ini biasanya diperagakan di karpet merah oleh golongan artis dan orang kenamaan.